Penulis adalah pelajar tahun akhir di sebuah universiti di Australia Barat di dalam jurusan Investment Finance (specialising in Derivatives) dan juga Information Management. Penulis masih tidak mempunyai hala tuju yang tetap di dalam hidupnya tetapi mempunyai minat yang banyak di dalam politik, kewartawanan, perdagangan dan pelbagai lagi yang akan dibincang di dalam blog ini.
Penulis juga tidak mempunyai sebarang afliasi politik dalam apa jua parti, Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional tetapi mempunyai ideologi konservatif di dalam ekonomi dan juga kerajaan bersifat libertarian. Penulis juga sedang mengkaji kesan-kesan Reagonomics jika dipergunakan di negara Malaysia.
Segala tulisan di dalam blog ini hanya adalah pandangan penulis semata-mata.